PAS Akan Berpecah Dakwa Salahudin Diakui Penganalisis


Dalam satu kenyataan media semalam, 22 Febuari Salahuddin telah menyatakan bahawa PAS bakal berpecah ekoran beberapa perkembangan parti tersebut di kebelakangan ini. Salahudin meramalkan perpecahan itu semakin jelan menunjukkan tandanya ekoran sikap dua kumpulan yang ditonjolkan di dalam PAS. Walau bagaimanapun, Salahudin tidak menjelaskan secara terperinci siapa dan bila PAS akan berpecah. Menurutnya dalam beberapa bulan lagi.

Apabila Salahudin memberikan ramalan bahawa dalam beberapa bulan lagi PAS akan berpecah, itu menunjukkan PAS ketika ini seperti kaca yang retak menanti belah. Persoalan sekarang, sejauh mana benar dan tepatnya ramalan Salahudin? Beliau merupakan bekas pimpinan PAS yang pernah memegang jawatan ketua pemuda PAS dan Naib Presiden PAS sebelum ini. Dengan pengalaman panjang dan cukup memahami kerukunan dan sifat tumbeseran parti PAS, sudah tentu kenyataanya itu ada asasnya.

Kenyataan Naib Presiden Amanah itu direspon pantas oleh penganalisis politik Mohd Sayuti Omar melalui blognya. Menurut beliau, kenyataan Salahudin pasti ada asasnya memandangkan beliau merupakan bekas pimpinan yang cukup kenal dengan PAS di samping maklumat perkembangan semasa dalam parti tersebut. Menurut dalam blog penganalisis:

Apa dijadikan asas oleh Salahuddin Pas akan mengalami perpecahan kedua apabila parti itu dilihat rapat dengan Umno yang mana hubungan itu ditentang ahli bawahan kerana perbezaan dasar dan matlamat. Pandangan Salahuddin itu benar kerana kalau Pas tidak bimbang dengan penghijrahan ahli sudah pasti Pas akan mengumumkan kerjasama dengan Umno secara terbuka bukan berjalan secara senyap dan berselindung di sebalik aktiviti sosial. Namun hingga ke hari ini Pas masih berani membuka mulut. 

Hakikat hari ini Pas terus bermain di balik tabir dengan Umno dan menggunakan program tertentu bagi menjalin dan merapatkan kerjasama. Cara dan tektik Pas dan Umno itu sudah difahami orang ramai. Terbaharu ialah Himpunan 355 di Padang Merok beberapa hari lalu. Bagaimana pun bagi ahli bawahan masih tetap menganggap ia bukan suatu yang salah kerana masih percaya kepada pengakuan (khilas) pemimpin mereka yang kononnya Pas tidak akan bersama Umno. Sikap ini tidak pelik kerana mereka diindoktrinasikan kesekian lama dipaksakan mengatakan kambing walaupun haiwan itu (burung) berkaki dua dan boleh terbang. 

Dalam perkembangan sama bagi menguatkan ramalan Salaluddin itu, beberapa jam lalu telah diviralkan pertemuan Presiden Pas Abdul Hadi Awang dengan seorang korporat yang dikenali sebagai "muncikari" politik di luar negara.

Dipercayai pertemuan itu ada kaitan dengan perkembangan dan suasana politik dalam Pas. Sekiranya pertemuan itu bagi membincangkan soal, ayam itik, atau kambing lembu, tidak perlu ia diheret ke luar negara. Dipercayai selain daripada korporat muncikari itu hadir bersama seorang bloger yang dikenali sebagai tukang pusing isu (Mr Spin) nombor satu.

Khabarnya korporat berkenaan tidak mahu Abdul Hadi rapat dengan Najib dan mahukan kerjasama Pas - Umno diputuskan. Apabila dianalisa tugasan korporat berkenaan ia menunjukkan hubungan Pas dengan Umno sudah terlanjur jauh.


Ramalan salahudin yang menimbulkan pelbagai respon awam sebenarnya sesuatu mungkin ada kebenaranya. Namun ketika ini, PAS dan Amanah masih dalam keadaan dingin, golongan awam mengutuk kenyataan Salahudin kerana dilihat tidak menumpukan partinya sendiri sebaliknya masih mengambil berat parti lamanya. Tapi, sekiranya kita memahami selok belok politik di samping memiliki maklumat yang jitu akan perkembangan dalaman dan luaran sesuatu parti, pasti akan mengetahui hakikat kenyataan Salahudin tersebut.

Ceramah Malukan Husam, Gagal

Ceramah yang dianjurkan pemuda PAS Kelantan yang bertajuk, Husam Lari Dari Debat Baiah itu gagal apabila pada malam 20 Febuari 2017 di Perkarangan Stadium Muhammad, Husam Musa selaku Adun Salor dan Penasihat Amanah Kelantan tiba-tiba hadir dalam majlis tersebut.
Husam hadir bersama beberapa rakan lain disaksikan lebih 2000 penonton. Husam pada mulanya hanya duduk di kerusi penonton di bawah pentas. Namun telah dijemput menaiki pentas dan duduk. Husam akur. Kemudian, oleh kerana Nassarudin Daud EXCO Agama Kelantan yang sedang berucap menyerang peribadi Husam maka pada ketika itu Husam meminta izin kepada pengacara majlis. Kemudia pengacara majlis meminta izin kepada Nassarudin tetapi ditolak. Akhirnya Husam hanya hadir dan duduk sambil mendengar batang tubuhnya dihentam tanpa ada sedikit masa pun peluang untuk membela diri.

Majlis tersebut bukan sahaja gagal malah memalukan PAS yang mengaku pejuang agama Islam dan keadilan syariat tetapi gagal membuktikan sikap adil dan berakhlak terhadap individu yang mereka musuhi dalam politik. Husam tidak diberi peluang untuk membela diri ketika dirinya sedang diperkata di khalayak ramai. Sikap adil yang dianjurkan Islam gagal dilaksanakan PAS ketika ini. Oleh kerana terlalu emosional, PAS telah menunjukkan gaya politik mereka yang hanya berdegar membaca ayat Quran di masa yang sama mengkhianati maksud kandungan ayat tersebut.

Adalah PAS lebih suka sesebuah institusi keluarga itu runtuh hanya kerana politik sedangkan itulah perkara (talak) halal yang paling dibenci Allah. Malah PAS juga seolah memberitahu keaiban sebuah institusi keluarga yang mereka anggap telah jatuh talak kepada seluruh rakyat negara ini. Sikap PAS ini jelas menunjukkan mereka sanggup mempertaruhkan agama demi kepentingan politik mereka.

Live Streaming Diskusi Felda Rafizi Ramli dan Mazlan Aliman

Apa Itu RUU355

Apa itu RUU 355 sehingga hangat dibicarakan seluruh negara? Kenapa banyak media yang menyiarkanya? Apa sebenarnya MP Marang cuba bawa? Apa sebenarnya yang berlaku kerana di media sosial ramai pula rakyat Malaysia bergaduh sesama agama pulak tu. Ada yang dituduh menolak Islam. Ada yang dituduh munafik, kafir malah ada yang dituduh bersikap Ahok yang memperlekh Al-Quran.

RUU355 ialah:

RUU355 ialah akta yang berkaitan kesalahan dan denda di bawah bidang mahkamah syariah. Secara ringkas fokus akta yang dibicarakan ini adalah berkenaan hukuman 3 Tahun Penjara, 5 Ribu denda, dan Sebatan sebanyak 6 kali untuk kesalahan-kesalahan di bawah bidang mahkamah syariah sahaja seperti minum arak, nikah luar negara, dan ceramah tanpa tauliah.

Usul MP Marang di dewan parlimen yang lepas, walaupun ia tidak dibentang pun namun apa yang ditekankan oleh mereka adalah mengenai menaikkan had hukuman daripada 3 Tahun Penjara kepada 30 Tahun, 5 Ribu denda kepada 100 Ribu, dan 6 kali sebatan kepada 100 kali. Itu sahaja.

Yang mengatakan memperluas kuasa mahkamah itu salah. Yang mengatakan memperkasa mahkamah itu salah. Yang kata itu hudud sangat salah. Konsep-konsep memperkasa,dan  memperluas telah disalah erti. Tidak. Malah ia langsung tiada kaitan dengan hudud. Malah ia juga tidak berkaitan dengan hukuman syariah. Apa? 100 sebatan itu hukuman syariah? Tahukah anda 100 sebatan itu bagi kesalahan apa yang ada dalam Islam? Iaitu zina. Namun 100 sebatan yang dimaksudkan dalam akta 355 ini adalah kesalahan khalwat menurut tafsirat mahkamah syariah. Apakah KPI mahkamah syariah sudah selesai mengenai 4 saksi yang beriman? Apakah prosedur mahkamah untuk pezina menepati syariat seperti merempuh bilik hotel? Nampak tidak?

Kesimpulanya RUU355 hanyalah menambah had denda dan hukuman dan bukanya memperluas atau memperkasa mahkamah! PAS telah menggunakan sentimen ini untuk tujuan politik mereka.

Apa Selepas RUU 355?

Maka megah lah dan bergembiralah ahli PAS, penyokong dan tidak kurang UMNO yang hadir dalam himpunan RUU 355 pada 18 Febuari yang lepas. Himpunan tersebut dikira berjaya kerana dapat menghimpunkan seluruh penyokong pindaan akta yang dituntut oleh PAS. Daripada himpunan tersebut, beberapa penilaian harus dibuat sebelum, semasa dan selepas himpunan berkenaan.

Tidak dinafikan, kehadiran ke himpunan tersebut sememangnya ramai. PAS memiliki kekuatanya tersendiri dengan keahlian yang sangat ramai dan setia pada parti. PAS mampu mengerah ahli turun ke himpunan dan perintah parti mudah diterima dan diakur. Sekadar himpunan menjadi perkara biasa bagi PAS memandangkan parti itu sudah banyak pengalaman dalam pergelutan dengan penguasa sebelum ini.

Siapa Yang Hadir Selain Daripada Pimpinan PAS? Senarai ini pasti mengejutkan anda:
1) Mufti Wilayah Persekutuan
2) Jamil Khir Baharom (UMNO)
3) Ashraf Wajdi (UMNO)
4) Ibrahim Ali (BERJASA)
5) Rani Kulup (NGO)
6) Artis dll

Beberapa peristiwa yang berlaku sebelum himpunan berlangsung adalah kenyataan daripada pihak keselamatan yang memberi kebenaran himpunan tersebut. Ini pasti sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan himpunan-himpunan sebelum ini. Pihak keselamatan mudah memberikan kebenaran. Mungkin kerana ia adalah berkaitan isu agama seperti himpunan sejutah umat beberapa tahun yang lepas. Mungkin juga keranan himpunan RUU 355 kali ini dihadiri pimpinan UMNO. Namun itu bukanlah isu yang besar. Apa yang menjadi pelik adalah kenapa harus Pesurujaya PAS Perak mengeluarkan kenyataan bahawa yang tidak hadir himpunan itu AHOK? Apakah Razman Zakaria hanya mengikut telunjuk kata TGHH dengan memberi amaran kepada orang lain supaya jangan jadi Ahok? Ini hanyalah satu bentuk ugutan bersifat sentimen keagamaan.


Semasa himpunan, dengan kehadiran yang ramai, penyokong berkumpul dan mendengar persembahan artis, ceramah agama, kemudia pada malam kemuncaknya ceramah politik. Jamil Khir mendapat peluang untuk berucap dengan menyampaikan salam daripada Najib Razak kepada seluruh hadirin. Tiada apa yang menarik dan menjadi perhatian media dalam himpunan tersebut.

Sehingga kini, seusai himpunan tersebut, motif sebenar himpunan masih kabur kerana arah dan tujuan ia dianjurkan sangat kabur. Sekiranya anda membuat himpunan, ertinya anda menuntut sesuatu perkara. Dan tuntutan anda itu pastilah disebabkan tidak diterimah atau dibantah oleh pihak yang boleh melaksanakanya. Sudah tentulah pihak itu adalah kerajaan yang sedang memerintah. Sekiranya diterima, maka untuk apa buat himpunan?

Ironinya, himpunan 18 Feb itu dihadiri oleh wakil kerajaan daripada UMNO seperti Jamil Khir malah beliau merupakan Menteri Di Jabatan Agama. Himpunan RUU355, ditujukan kepada siapa? Jamil Khir menyertai himpunan RUU355, ia ditujukan kepada siapa? Siapa yang memerintah kerajaan sekarang dan siapa yang boleh laksanakanya? Inilah senario politik PAS dan UMNO yang sedang berlaku sekarang. Sentimen agama sedang dikumandangkan. Sudah tentu himpunan itu ada sasaran politik mereka.

Ya ia mudah sahaja hidu matlamat himpunan tersebut. Jika sekadar untuk tunjuk kekuatan dan sokongan pada RUU355, itu salah. Motifnya bukan kerana sokong dan hadir himpunan kerana di sini sahaja sudah menampakkan kejanggalan dalam himpunan. PAS sebagai pembangkang dan UMNO sebagai kerajaan hadir dalam himpunan tersebut. Sudah tentu lah mereka sedang menyasarkan kepada pihak yang menentang akta tersebut. Ia bukan soal boleh dilaksana atau tidak kerana peluang membentang itu sudah diberi dua kali kepada MP Marang namun ditangguh sendiri oleh beliau. Kerana jika dikira tentang soal boleh laksana, untuk apa Jamil Khir hadir dalam himpunan tersebut?

Semua ini hanyalah polemik yang merusakkan umat. Kerana tujuan politik PAS dan UMNO, masyarakat Islam dalam negara berpecah belah malah ada yang kafir mengakafir sesama mereka. PAS dan UMNO harus bertanggungjawab kerana kerakusan politk mereka yang mempertaruhkan agama sebagai modal politik merea!

PAS dan UMNO Makin Serasi

Majlis Misi Kemanusiaa Food Flotilla For Myanmar yang diadakan semalam (jumaat) dihadiri Najib dan Tuan Ibrahim Tuan Man jelas menggambarkan bahawa hubungan UMNO dan PAS semakin akrab. Najib dalam majlis tersebut mengatakan bahawa Flotilla adalah lambang perpaduan. Selain kedua-dua pemimpin tersebut, turut hadir adalah Jamil Khir Baharom, dan Tan Sri Abdul Kadir Syaikh Fadzir daripada parti Ikatan.
BN + BLOK KETIGA

Sebelum majlis pelancaran misi kemanusiaan, Jamil Khir menyampaikan khutbah dan Tuan Ibrahim Tuan Man mengimamkan solat jumaat. Majlis tersebut tidak dihadiri oleh pemimpin melayu Islam daripada DAP, PKR dan AMANAH kerana tidak mendapat jemputan. Manakalah di hari yang sama, Mohammad Sabu selaku presiden Amanah bersama beberapa NGO yang lain mengadakan himpunan membantah tindakan Presiden Amerika, Donald Trump yang menghalang rakyat daripada 7 buah negara Islam di kedutaan AS.

Misi Kemanusiaa Gimik Menutup Agenda Sebenar PAS dan UMNO

Isu gabungan PAS dan UMNO atau lebih dikenali sebagai Unity Government telah berbangkit sejak 2008 lagi di mana ketika itu Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ramai yang tahu akan agenda atau hubungan kedua-dua parti tersebut namun PAS masih cuba menafikanya dengan pelbagai alasan. Apatah lagi, apabila pemimpinya cuba berdiam atau menafikan, pengikut-pengikut PAS akan membantu menjawab dengan pelbagai alasan agar tindakan PAS dan UMNO yang dilihat hari ini hanyalah atas nama ummat dan agama.

Sebagaimana dalam politik, tidak akan lari daripada kepentingan untuk menguatkan kedudukan dan memenangkan parti dalam pilihanraya. Sudah tentu UMNO dan PAS telah menghitung akan untung rugi mereka mengenai jalinan yang dibuat.

Apa yang PAS dan UMNO perlu lakukan, hubungan kedua-dua parti tidak memerlukan kerjasama rasmi atau pengisytiharaan kerjasama. Cukup sekadar hasrat kedua-dua pihak dipenuhi. UMNO ingin kekalkan kuasa, PAS pula ingin memastikan agenda partinya dilaksana seperti RUU 355. Motif politik kedua-dua pihak tidak terlalu sukar untuk difahami. Namun apabila ia diungkit oleh pihak pembangkang yang lain, PAS akan menangkis dan UMNO pula hanya menepuk tangan.

Memandangkan hubungan PAS dan UMNO hari ini masih ramai yang keliru, ingin ditegaskan di sini bahawa kedua-dua parti tersebuat sedang dalam kedudukan neo-racial yang takutkan bayang-bayangnya apabila kuasa dan kedudukan semakin terancam. Bagi PAS, bukan kerana 100% takutkan kedudukan terancam, namun kerana takut hilangnya dominasi melayu dalam pemerintahan. Sikap PAS ini dapat dilihat sewaktu kerajaan Perak dahulu ditawan oleh Pakatan Rakyat. Menurut Ustaz Ahmad Awang (Penasihat AMANAH), Allayarham Tuan Guru Harun Din pada satu masa memberi arahan tanpa keputusan eksekutif PAS pusat agar PAS di Perak bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan yang didominasi Melayu dan tidak mahu adanya DAP. Ketika itu, Ustaz Ahmad Awang sebagai Pesurujaya PAS Perak.

Bukan Lagi Tuduhan Dan Fitnah

Ia adalah satu kenyataan yang harus diakui oleh penyokong dan ahli PAS, mengenai hubungan PAS dan UMNO. Banyak bukti namun cuba dinafikan, banyak tanda namun disembunyikan. Itulah PAS dan UMNO kini yang mana PAS tidak lagi menghunuskan pedang jihadnya ke tengkut UMNO seperti dahulu kala.
kelihatan Muslimat PAS memakai baju Utusan

Dalam majlis semalam, pemimpin PAS kelihatan memakai baju daripada Utusan Melayu. Jika selama ini PAS menggelar Utusan sebagai lidah syaitan kerana selalu memfitnah parti itu, namun apa yang berlaku semalam adalam 360 darjah u-turn PAS pada kata-katanya terhadap Utusan. Adakah ahli PAS masih menafikanya? adakah ahli PAS masih tidak cukup bukti? atau ahli PAS memang sudah merasa UMNO boleh dijadikan sahabat kerana kebelakangan ini Najib menunjukkan taawun dan tawaduknya dalam pemerintahan?

Warisan Masuk Gelanggang Kota Marudu Dalam Siri Jelajah

Parti Warisan yang diasaskan oleh Shafie Apdal dijadualkan membuat jelajah ke Parlimen Kota Marudu 4 Febuari 2017 (Sabtu ini)

Maklumatnya adalah seperti berikut:
Program Jelajah Wira Warisan Kota Marudu

(1) Forum : Why Warisan?
Tarikh : 4 Feb 2017 (Sabtu)
Masa : 7-10 malam
Tempat : Hotel Hexan, Kota Marudu

Panelis :
1. Timbalan Presiden Warisan, YB Darell Leiking
2. Naib Presiden Warisan, YB Junz Wong
3. Ketua Wira Warisan, YBhg Dato' Aziz Jamman
4. Ketua Wira KM, En Francis Au
5. Ikon Beliawanis Warisan, Pn Jo-Anna Sue Henley Rampas

Turut hadir:
1. Bendahari Agung Warisan, YB Terence Siambun
2. Ketua Penerangan Warisan, YBhg Honorsius Dtk Alfred Bosuin
3. Cik Isnaraisah Munirah, mantan Srikandi PKR Sabah

Contact: 0128020065 (Francis Au)


Aturcara
FORUM: WHY WARISAN?
4 Feb 2017
Hotel Hexan, Kota Marudu

0630 Ketibaan orang ramai
0700 Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Air Ku, Warisan
07:15 Sesi 1 by Jo-Anna Rampas
07:30 Sesi 2 by Isnaraisah Munirah
07:45 Sesi 3 by Francis Au
08:00 Sesi 4 by Dato Azis Jamman
08:30 Sesi 5 by YB Darell
09:00 Sesi Soal Jawab by YB Darell, Dato Azis & YB Junz
10:00 Acara dijangka selesai

Tamat.

PPBM jangan sampai dikhianati PAS

PAS merupakan parti Islam dan Melayu terbesar dalam Malaysia berbanding UMNO dan PPBM. PAS memiliki kekuatan dan pengaruhnya tersendiri. Mungkin inilah kehebatan PAS yang membuatkan PPBM tertarik dan ingin jalinkan kerjasama politik seperti yang diumkan semalam di ASTRO AWANI.

Seperti yang sudah dijangkakan oleh beberapa pemerhati politik, situasi PAS di Kelantan sebenarnya agak goyah menyebabkan PAS terpaksa menerima tawaran PPBM untuk menjalinkan kerjasama. Menurut seorang pemerhati, iaitu Mat Saman Kati, apa yang berlaku di Kelantan mengenai penentangan Orang Asli terhadap kerajaan Kelantan adalah agenda tersembunyi Mahathir.

Situasi ini menunjukkan Mahathir sedang menundukkan PAS, namun harus diingat bahawa PAS mempunyai perangai dan sikapnya tersendiri yang sukar untuk bertolak ansur. Apabila PAS merasa tergugat dengan prinsip dan pemikiranya, maka di situlah PAS akan mula u-turn dan mengkhianati keputusan. Ini termasuklah siri kerjasama dengan rakan Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif dulu.

PAS apabila mula rasa diperlekeh kan (menurut perspektif mereka) maka di situlah PAS akan bertindak berpaling arah tanpa menghiraukan kesan kepada sokongan pengundi, dan menang kalah dalam pilihanraya kelak. Namun, Tun M, bukanlah semudah yang disangkakan. Tun pastinya sudah masak dengan perangai PAS. Hasil kerjasam yang diumum oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mukhriz Mahathir semalam masih belum menampakkan impak dan masih bersifat kenyataan rasmi.




Parti Amanah Bantah Donal Trump 3 Febuari 2017

Parti Amanah Negara yang diketuai oleh Mohammad Sabu akan menyertai dan mengajak seluruh rakyat Malaysia berhimpun di Kedutaan AS di Kuala Lumpur selepas solat jumaat itu nanti. Pihaknya membuat bantahan atas dasar yang sedang dilaksanakan oleh Presiden Amerika itu yang menghalang 7 negara muslim daripada memasuki negara tersebut.


Tindakan Trump yang dilihat berbeza dengan amalan tadbir presiden sebelumnya telah mengundang kecaman dari pelbagai pihak. Trump yang memenangi pilihanraya presiden 2016 kini sedang bertugas di White House dan melakukan dasar pemerintahanya yang sangat kontrovesi.

Manakalah Parti Amanah pula menganggap dasar trump adalah bertentangan dengan sifat demokrasi dan kebebasan memandangkan AS selama ini adalah simbol liberal dunia.

Menurut Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah, bantahan terhadap Trump tidak perlu dilakukan dan Perdana Menteri Malaysia tidak perlu menyertainya kerana Presiden US itu kini sebenarnya hanya menunaikan janjinya ketika berkempen merebut jawatan presiden dulu. Apabila rakyat Amerika memilih Trump, maka semua harus menerimanya kerana itu adalah hak rakyat mereka.

Antara tindakan kontrovesi Trump sejak memijak bilik presiden adalah membatalkan TPPA, mengharamkan LGBT, dan merancang untuk membuat benteng di sempadan Mexico.