PAS dan UMNO Makin Serasi

Majlis Misi Kemanusiaa Food Flotilla For Myanmar yang diadakan semalam (jumaat) dihadiri Najib dan Tuan Ibrahim Tuan Man jelas menggambarkan bahawa hubungan UMNO dan PAS semakin akrab. Najib dalam majlis tersebut mengatakan bahawa Flotilla adalah lambang perpaduan. Selain kedua-dua pemimpin tersebut, turut hadir adalah Jamil Khir Baharom, dan Tan Sri Abdul Kadir Syaikh Fadzir daripada parti Ikatan.
BN + BLOK KETIGA

Sebelum majlis pelancaran misi kemanusiaan, Jamil Khir menyampaikan khutbah dan Tuan Ibrahim Tuan Man mengimamkan solat jumaat. Majlis tersebut tidak dihadiri oleh pemimpin melayu Islam daripada DAP, PKR dan AMANAH kerana tidak mendapat jemputan. Manakalah di hari yang sama, Mohammad Sabu selaku presiden Amanah bersama beberapa NGO yang lain mengadakan himpunan membantah tindakan Presiden Amerika, Donald Trump yang menghalang rakyat daripada 7 buah negara Islam di kedutaan AS.

Misi Kemanusiaa Gimik Menutup Agenda Sebenar PAS dan UMNO

Isu gabungan PAS dan UMNO atau lebih dikenali sebagai Unity Government telah berbangkit sejak 2008 lagi di mana ketika itu Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ramai yang tahu akan agenda atau hubungan kedua-dua parti tersebut namun PAS masih cuba menafikanya dengan pelbagai alasan. Apatah lagi, apabila pemimpinya cuba berdiam atau menafikan, pengikut-pengikut PAS akan membantu menjawab dengan pelbagai alasan agar tindakan PAS dan UMNO yang dilihat hari ini hanyalah atas nama ummat dan agama.

Sebagaimana dalam politik, tidak akan lari daripada kepentingan untuk menguatkan kedudukan dan memenangkan parti dalam pilihanraya. Sudah tentu UMNO dan PAS telah menghitung akan untung rugi mereka mengenai jalinan yang dibuat.

Apa yang PAS dan UMNO perlu lakukan, hubungan kedua-dua parti tidak memerlukan kerjasama rasmi atau pengisytiharaan kerjasama. Cukup sekadar hasrat kedua-dua pihak dipenuhi. UMNO ingin kekalkan kuasa, PAS pula ingin memastikan agenda partinya dilaksana seperti RUU 355. Motif politik kedua-dua pihak tidak terlalu sukar untuk difahami. Namun apabila ia diungkit oleh pihak pembangkang yang lain, PAS akan menangkis dan UMNO pula hanya menepuk tangan.

Memandangkan hubungan PAS dan UMNO hari ini masih ramai yang keliru, ingin ditegaskan di sini bahawa kedua-dua parti tersebuat sedang dalam kedudukan neo-racial yang takutkan bayang-bayangnya apabila kuasa dan kedudukan semakin terancam. Bagi PAS, bukan kerana 100% takutkan kedudukan terancam, namun kerana takut hilangnya dominasi melayu dalam pemerintahan. Sikap PAS ini dapat dilihat sewaktu kerajaan Perak dahulu ditawan oleh Pakatan Rakyat. Menurut Ustaz Ahmad Awang (Penasihat AMANAH), Allayarham Tuan Guru Harun Din pada satu masa memberi arahan tanpa keputusan eksekutif PAS pusat agar PAS di Perak bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan yang didominasi Melayu dan tidak mahu adanya DAP. Ketika itu, Ustaz Ahmad Awang sebagai Pesurujaya PAS Perak.

Bukan Lagi Tuduhan Dan Fitnah

Ia adalah satu kenyataan yang harus diakui oleh penyokong dan ahli PAS, mengenai hubungan PAS dan UMNO. Banyak bukti namun cuba dinafikan, banyak tanda namun disembunyikan. Itulah PAS dan UMNO kini yang mana PAS tidak lagi menghunuskan pedang jihadnya ke tengkut UMNO seperti dahulu kala.
kelihatan Muslimat PAS memakai baju Utusan

Dalam majlis semalam, pemimpin PAS kelihatan memakai baju daripada Utusan Melayu. Jika selama ini PAS menggelar Utusan sebagai lidah syaitan kerana selalu memfitnah parti itu, namun apa yang berlaku semalam adalam 360 darjah u-turn PAS pada kata-katanya terhadap Utusan. Adakah ahli PAS masih menafikanya? adakah ahli PAS masih tidak cukup bukti? atau ahli PAS memang sudah merasa UMNO boleh dijadikan sahabat kerana kebelakangan ini Najib menunjukkan taawun dan tawaduknya dalam pemerintahan?

No comments:

Post a Comment