Ucapan Hari Raya Dari Seorang Marhaen

Sebulan berpuasa menahan diri,
Ramadhan mulia mendidik hati,
Zakat fitrah ditunai mesti,
Gembiralah kita di aidilfitri.

Selamat menyambut hari raya buat seluruh rakyat Malaysia. Inilah bukti betapa Allah itu Maha Pemurah dengan kurnia atas segala rezeki pada kita. Allah syariatkan kepada kita untuk berpuasa selama sebulan dan kemudian Allah pula hadiahkan kita dengan syawal.

Sebulan berpuasa ertinya sebulanlah kita menahan diri dari segala perkara yang boleh membatalkan puasa.Tidak sekadar itu, Nabi kita juga telah memberikan panduan yang sangat jelas akan tujuan berpuasa di bulan yang mulia ini. Puasa yang sekadar sah di sisi rukunya sahaja tidak cukup jika kita tidak mengambil peluang dengan kelebihan yang dikurniakan di bulan ramadhan. Ibadat dan amalan-amalan soleh yang kita kerjakan pahalanya berlipat kali ganda di bulan ramadhan. Hebat bukan?

Maka tibalah syawal. Hari kemenangan dan kegembiraan buat seluruh umat Islam. Bukan kerana hari raya itu tamatnya berpuasa atau kerana hari raya itu bolehlah kita makan banyak umpama membalas dendam sebulan berpuasa. Namun di sisi Islam yang Rasulallah ajarkan, ia adalah satu kejayaan buat hamba yang telah mengharungi ujian sepanjang sebulan mentarbiyyah diri. Bukanlah juga kerana selepas ramadhan itu maka ujian tiada lagi pada hari-hari mendatang, namun semua itu semata-mata kerana kemurahan Allah dan sunnah Baginda SAW yang sangat murni di dalam ajaran Islam.

Syawal di sambut sangat meriah di tanah Malaysia yang damai ini. Pelbagai pihak mendapat manfaat secara langsung dengan sambutan raya. Para peniaga dari semua bangsa dan agama sudah pasti menjadikan kebiasaan yang sejak azali di kalangan masyarakat Islam ini sebagai manfaat. Binasalah bagi mereka yang menjadikan permusuhan agama di kalangan rakyat ini kerana tidak sedar akan manfaat kepelbagaian yang dimiliki.

Umat Islam melakukan persediaan menyambut syawal. Barang-barang dibeli, pelbagai makanan dibeli. Bahan mentah, kuih muih, persediaan di rumah dengan langsir baru, cat rumah baru dan banyak lagi. Kebiasaan yang telah azali dan melekat dalam budaya umat Islam ini memberi keuntungan oleh pelbagai pihak. Ini termasuklah kilang-kilang perabot, pusat membeli belah, dan banyak lagi yang mana tidak sahaja memberi keuntungan kepada para peniaga muslim malah kepada yang bukan muslim.

Disitulah kita sebagai rakyat Malaysia melahirkan kesatuan dalam satu acara yang dipanggil hari raya. Hari raya mungkin dilihat sebagai pusat kepada menghasilkan keuntungan wang. Ia adalah satu bentuk keyakinan yang dapat menyatukan semua pihak baik muslim mahupun tidak. Ironinya dapat dilihat apabila hari-hari lain agama ini juga umpama mainan untuk perpecahan. Namun bila hari raya kita semua mampu bersatu. Tidak lain melainkan hanya kerana keuntungan yang boleh dicapai daripada sambutan ini. Yang ahli politik, ahli perniagaan, dan pelbagai pihak. Tidak lah mempersoal niat masing-masing namun sebagai seorang rakyat biasa, umat kita tidak serius dan sering berubah-ubah seperti iklim bermusim empat. Ada kalanya agama menjadi punca bangsa kita bergaduh. Dan ada kalanya agama juga yang menyatukan kita.

Hari raya, kegembiraan akan terpamer. Wajah-wajah dari pelbagai pihak seronok. Yang muslim mempersila rakan yang non muslim bertandang ke rumah terbuka. Yang bukan muslim merasa gembira dengan perayaan yang sudah pasti dantangnya dari ajaran agama ini. Maka mudah-mudahan senario kegembiraan ini berkekalan sepanjang masa baik di hari biasa mahupun di aidilfitri.

Hipokrasi dan sentimen. Ia datang dari salah faham dan sentimen politik. Maka hindarilah ia dari menggugat keharmonian.

No comments:

Post a Comment