Zahid Hamidi vs Tun M

Politik Kanak-kanak Politik Umpat POLITIK WANG Politik Fitnah SEKS PERSEPSI fakta Pakatan Harapan Barisan Nasional AMANAH PBBM PKR DAP UMNO PAS

Muhamad Iskandar (Ayah Tun M) Pengetua Pertama Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar, Kedah

Begitulah politik bekerja. Wajah politik dibentuk bergantung kepada pemainya. sekiranya kita sebagai pemerhati politik, kita akan melihat politik itu kotor. Sebenarnya bukanlah politik itu kotor melainkan disebabkan pemain dalam politik itu menggunakan cara yang kotor dan busuk.

Berpolitik dengan cara yang jahat akan menatijahkan wajah politik itu kotor.

Politik tidak sunyi daripada fitnah dan tuduhan. Siapa yang difitnah dan apa yang difitnah itu maka kitalah yang akan menilainya. Politik kotor mengenepikan kebenaran. Apa yang penting bagi si pemain politik kotor ialah dapat meraih sokongan dan dapat menjatuhkan lawan.

Zahid Hamidi selaku TPM telah mengeluarkan kenyataan yang mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir.

Sebenarnya siapa pun seseorang itu bukanlah kerana keturunanya. Apa yang penting apabila menilai seseorang ialah akhlaknya, sumbanganya, dan budinya pada negara.

Apabila politik dimainkan berdasarkan keturunan atau bangsa, ini bererti politik kita telah jauh daripada standard bangsa yang bertamadun yang mengutamakan nilai dan idea.

Namun itulah hakikatnya masa kini. Mahu tidak mahu, walau siapa pun yang berada di gelanggang politik, tetap akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sebijak-bijak seseorang, apabila bergelumang dalam kanca politik kotor, tetap akan terpalit dengan fitnah yang busuk merosak diri.

Sebagai seorang rakyat, adalah penting untuk kita bertanya kepada diri sendiri, bagaimanakah pemimpin yang kita kehendaki untuk membina negara masa depan. TITIK.

BACA: Biodata Tun Dr Mahathir

No comments:

Post a Comment