Struktur Menteri Kabinet Malaysia 2018-2022

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 selesai dijalankan. Parti politik yang berjaya memenangi majoriti kerusi akan membentuk kerajaan. Sama ada kerusi parlimen atau pun kerusi Dewan Undangan Negeri, sebuah badan eksekutif untuk mentadbir kerajaan akan dibentuk. Usai keputusan PRU-14, struktur kerajaan akan diumumkan selepas proses mengangkat sumpah selesai.. Senarai menteri kabinet Malaysia merupakan bahagian yang paling penting dalam sesebuah kerajaan.


Keputusan PRU14 telah memihak kepada gabungan Pakatan Harapan seluruh Malaysia. Dengan majoriti yang diperolehi, Pakatan Harapan serta merta mengumumkan kemenangan dan akan membentuk sebuah kerajaan.

Keputusan Rasmi PRU14 Parlimen dan DUN

Berikut Merupakan Struktur Senarai Menteri Kabinet Malaysia di Peringkat Persekutuan

"akan dikemaskini sejurus pengumuman rasmi dilakukan"
-
-
-

Berikutan kemenangan yang diperolehi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir dijadualkan mengankat sumpah pada pagi 10 Mei 2018. Dengan pengumuman rasmi SPR ini, Barisan Nasional menjadi komponen pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Beberapa Negeri berjaya ditawan oleh Pakatan Harapan seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor di samping mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang. Manakalah Kelantan dan Terengganu masing-masing dipertahan dan ditawan oleh PAS. BN hanya berjaya mempertahankan Perlis, dan Pahang. Manakalah Sabah masih di peringkat proses rundingan parti pembangkang sama ada membentung majoriti berbanding BN atau tidak hari ini.

Perubahan kerajaan ini merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia selama lebih 60 tahun BN memerintah. Ia merupakan satu pencapaian yang tidak disangka-sangka oleh BN. Peranan Tun Dr Mahathir, Wan Azizah, Mat Sabu dan Shafie Apdal telah merubah landskap politik tanah air.

Sidang Khas Najib Petang Ini di PWTC

PENTING: Terkini Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memanggil semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO ke PWTC untuk mengadakan sidang khas.

Siaran Langsung Sidang Khas:


Isi-isi penting Sidang Khas:

  1. Sidang khas itu tadi mengumumkan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Bin Haji Muhammad Taib kembali semula ke pangkuan UMNO selepas sebelum ini pernah menyertai PAS dan PKR.