Annuar Musa Digantung Dari Jawatn Pengerusi Mara & PNB?

31 Jan 2017. Tan Sri Annuar Musa yang merupakan pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) telah digantung tugas serta merta berkuat kuasa hari ini berhubung laporan penyalah gunaan kuasa mengenai tajaan terhadap Bola Sepak Kelantan.

Tan Sri Annuar Musa yang juga sebagai Ahli Parlimen Ketereh dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menerima maklum dan keputusan daripada Ahli Majlis MARA yang dinyatakan oleh Datuk Dr Yusuf Yacob. Beliau menyatakan satu mesyuarat tergempar yang membincangkan berhubung dakwaan skandal rasuah yang didedahkan oleh Tengku Mahkota Johor lepas.

Menurut Datuk Dr Yusuf Yacob, pihaknya menimbang keputusan tersebut dan akhirnya ahli majlis dengan sebulat suara bersetuju agar keutamaan integriti harus dilaksanakan di samping mengelak persepsi rakyat terhadap integriti yang diamalkan agensi tersebut.

Namun setakat ini pihak MARA belum membuat sebarang keputusan mengenai isu tersebut sama ada melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun tidak.

Berita mengenai penggantungan tugas terhadap Tan Sri Annuar Musa cukup menjelaskan bahawa beliau sudah tergugat dengan pendedahan yang dibuat oleh TMJ mengenai satu tajaan yang diberikan kepada TRW melalui agensi yang sepatutnya tiada kepentingan terhadap sukan.