Ucapan Hari Raya Dari Seorang Marhaen

Sebulan berpuasa menahan diri,
Ramadhan mulia mendidik hati,
Zakat fitrah ditunai mesti,
Gembiralah kita di aidilfitri.

Selamat menyambut hari raya buat seluruh rakyat Malaysia. Inilah bukti betapa Allah itu Maha Pemurah dengan kurnia atas segala rezeki pada kita. Allah syariatkan kepada kita untuk berpuasa selama sebulan dan kemudian Allah pula hadiahkan kita dengan syawal.

Sebulan berpuasa ertinya sebulanlah kita menahan diri dari segala perkara yang boleh membatalkan puasa.Tidak sekadar itu, Nabi kita juga telah memberikan panduan yang sangat jelas akan tujuan berpuasa di bulan yang mulia ini. Puasa yang sekadar sah di sisi rukunya sahaja tidak cukup jika kita tidak mengambil peluang dengan kelebihan yang dikurniakan di bulan ramadhan. Ibadat dan amalan-amalan soleh yang kita kerjakan pahalanya berlipat kali ganda di bulan ramadhan. Hebat bukan?

Maka tibalah syawal. Hari kemenangan dan kegembiraan buat seluruh umat Islam. Bukan kerana hari raya itu tamatnya berpuasa atau kerana hari raya itu bolehlah kita makan banyak umpama membalas dendam sebulan berpuasa. Namun di sisi Islam yang Rasulallah ajarkan, ia adalah satu kejayaan buat hamba yang telah mengharungi ujian sepanjang sebulan mentarbiyyah diri. Bukanlah juga kerana selepas ramadhan itu maka ujian tiada lagi pada hari-hari mendatang, namun semua itu semata-mata kerana kemurahan Allah dan sunnah Baginda SAW yang sangat murni di dalam ajaran Islam.

Syawal di sambut sangat meriah di tanah Malaysia yang damai ini. Pelbagai pihak mendapat manfaat secara langsung dengan sambutan raya. Para peniaga dari semua bangsa dan agama sudah pasti menjadikan kebiasaan yang sejak azali di kalangan masyarakat Islam ini sebagai manfaat. Binasalah bagi mereka yang menjadikan permusuhan agama di kalangan rakyat ini kerana tidak sedar akan manfaat kepelbagaian yang dimiliki.

Umat Islam melakukan persediaan menyambut syawal. Barang-barang dibeli, pelbagai makanan dibeli. Bahan mentah, kuih muih, persediaan di rumah dengan langsir baru, cat rumah baru dan banyak lagi. Kebiasaan yang telah azali dan melekat dalam budaya umat Islam ini memberi keuntungan oleh pelbagai pihak. Ini termasuklah kilang-kilang perabot, pusat membeli belah, dan banyak lagi yang mana tidak sahaja memberi keuntungan kepada para peniaga muslim malah kepada yang bukan muslim.

Disitulah kita sebagai rakyat Malaysia melahirkan kesatuan dalam satu acara yang dipanggil hari raya. Hari raya mungkin dilihat sebagai pusat kepada menghasilkan keuntungan wang. Ia adalah satu bentuk keyakinan yang dapat menyatukan semua pihak baik muslim mahupun tidak. Ironinya dapat dilihat apabila hari-hari lain agama ini juga umpama mainan untuk perpecahan. Namun bila hari raya kita semua mampu bersatu. Tidak lain melainkan hanya kerana keuntungan yang boleh dicapai daripada sambutan ini. Yang ahli politik, ahli perniagaan, dan pelbagai pihak. Tidak lah mempersoal niat masing-masing namun sebagai seorang rakyat biasa, umat kita tidak serius dan sering berubah-ubah seperti iklim bermusim empat. Ada kalanya agama menjadi punca bangsa kita bergaduh. Dan ada kalanya agama juga yang menyatukan kita.

Hari raya, kegembiraan akan terpamer. Wajah-wajah dari pelbagai pihak seronok. Yang muslim mempersila rakan yang non muslim bertandang ke rumah terbuka. Yang bukan muslim merasa gembira dengan perayaan yang sudah pasti dantangnya dari ajaran agama ini. Maka mudah-mudahan senario kegembiraan ini berkekalan sepanjang masa baik di hari biasa mahupun di aidilfitri.

Hipokrasi dan sentimen. Ia datang dari salah faham dan sentimen politik. Maka hindarilah ia dari menggugat keharmonian.

Kes 1MDB 7 Fakta Didedahkan DOJ

Department Of Justice (DOJ) yang kali ini tidak sekadar mengesan penggubalan wang haram seperti yang didakwa beberapa bulan yang lalu, kini sekali lagi mendedahkan beberapa fakta mengenai kes 1MDB yang membabitkan Malaysian Official 1.

Apakah fakta tersebut sehingga kini orang yang sepatutnya memberi respon senyap dan membisu seribu bahasa? Hanyasanya pesan khas daripada Datin Seri Rosmah Mansor agar rakyat Malaysia tidak mudah percaya dengan fitnah yang sedang tersebar. Fitnah yang mana pun tidak disebut olehnya.

7 Perkara yang kita harus tahu yang telah didedahkan oleh DOJ baru-baru ini ialah:

  1. Kapal Layar "The Equanimity"
  2. Hak-hak dan kepentingan dalam "Fly Wheel Sport" -rantaian pusat kecergasan.
  3. Berlian 11.72-karat berbentuk hati.
  4. Loket dengan berlian "Fancy Intense" merah jambu 8.88-karat yang dikelilingi dengan berlian 11-karat "Fancy Intense" merah jambu.
  5. Set barang kemas 18-karat berlian white gold, termasuk rantai berlian, anting-anting berlian, gelang tangan berlian, dan cincin berlian.
  6. Anting-anting berlian dan cincin berlian yang mengandungi berlian sempurna 7.53-karat jenis 2A, berlian sempurna 3.05-karat jenis 2A, dan berlian sempurna 3.08-karat jenis 2A.
  7. Lukisan "Nature Mortue au Crane de Taureau" oleh Pablo Picasso. Dan lain-lain
Kesemua harta yang disebutkan di atas berupa kemewahan yang nilainya berjumlah US540 juta atau RM2.3 billion (RM2,300,000,000.00). Kesemuanya seperti yang didakwa DOJ adalah berkaitan dengan kes 1MDB.

Sekiranya ini benar berkaitan dengan 1MDB, maka Perdana Menteri wajib memberi respon kerana beliaulah pengerusi 1MDB sekaligus menteri kewangan negara.

Sekiranya ia satu fitnah, maka PM wajib menafikanya dan mengambil langkah perundangan. Baca pendedahan lanjut.

Ke Mana MP BN Sarawak Ketika Cukai Pelancongan Dibentang?

Ketika ramai memberi respon mengenai cukai pelancongan yang bakal dilaksanakan mulai 1 Ogos depan, semua mengambil pendirian dengan mendokong keputusan Sarawak keluar daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.

Masyarakat media sosial mengkritik pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal memberi implikasi kepada rakyat dan pengusaha industri pelancongan.

Sebenarnya, apa isu utama di sini? Kenapa hari ini tak mahu laksana cukai yang sudah diluluskan parlimen? ke mana Ahli Parlimen Sarawak ketika pembentangan mengenai cukai ini dilakukan?

Tahukah anda, cukai pelancongan ini dibentang dan tidak mendapat bantahan sehingga ia diluluskan. Tahukah anda hanya ada seorang MP pembangkang sahaja yang bangkit dalam sesi perbahasan sebelum ia diluluskan. Dia ialah MP Penampang, Sabah.

Ke mana semua MP BN Sarawak semasa rang ini dibentangkan???

Kenapa hari ini baru nak kecoh?

Sarawak Keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia

Susulan demi susulan kenyataan media antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Kerajaan Sarawak melalui pejabat Ketua Menteri telah mengumumkan negeri Sarawak keluar daripada Lembaga Pelancongan Malaysia serta merta.
Pertengkaran kedua-dua menteri tersebut timbul apabila Sarawak memberi reaksi sebaliknya mengenai pelaksanaan cukai tersebut. Abdul Karim yang menggesa agar cukai tersebut perlu ditangguhkan dibidas Nazri Aziz dengan menggelar menteri setahun jagung. 

Kenyataan demi kenyataan berakhir dengan keputusan kerajaan Sarawak keluar daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.

Berikut adalah butiran cukai pelancongan yang akan berkuatkuasa 1 Ogos depan.
  • RM20 untuk hotel bertaraf lima bintang
  • RM10 untuk hotel bertaraf empat bintang
  • RM5 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga bintang
  • RM2.50 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga orkid serta yang tidak ditarafkan
Sumber: Malaysiakini

Tarikh PRK DUN N.74 Pujut Sarawak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa tarikh pilihan raya kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri N.74 Pujut, Sarawak akan diadakan pada 4 Julai (Selasa) 2017. Manakalah hari penamaan calon akan berlangsung pada 20 Jun 2017.

Kerusi DUN tersebut telah diumumkan kosong setelah penyandanganya Dr. Ting Tiong Choon telah dilucutkan daripada keanggotaan Dewan Undangan Negeri tersebut setelah didapati memiliki dua kerakyatan pada 12 Mei 2017.

Butiran PRK DUN N.74 Pujut Sarawak


  • Tarikh penamaan calon: 20 Jun 2017 (Selasa)
  • Tarikh Mengundi: 4 Julai 2017 (Selasa)
Berita tersebut telah diumumkan oleh Pengerusi SPR, Yang Berbahagian Datuk Seri Mohd. Hashim Bin Abdullah dalam satu sidang media. Dalam pada itu, turut diumumkan iaitu Ybhg Tuan Haji Morshidi Fredrick, Pemangku Setiusaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Miri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil itu.

Semakan daftar pemilih: Aplikasi Semakan Daftar Pemilih

Bantuan Felda Diambil Balik Selepas Sesi Bergambar Bersama TV3

Bantuan Felda diambil balik setelah selesai sesi bergambar yang dilakukan oleh TV3 di Felda Jelai 2 Blok 20. Kejadian itu melibatkan pengurus Felda, TV3 dan mangsa bencana ribut di Gemas Negeri Sembilan.
Mior Saiful antara individu yang berada di tempat kejadian  mengatakan bahawa Pengurus Felda Jelai 2 mengambil dua bungkusan barang kering dari dalam kereta sebelum diserah kepada kawanya, namun selepas sesi bergambar barang itu diambil dan diletakkan semula di dalam kereta.
Nurnajwa Hanisha yang mendakwa anak peneroka Felda Jelai 2 mengesahkan kejadian tersebut.

Kejadian tersebut berlegar di ruangan media sosial dan dipostkan dalam facebook Warga Felda.

Setakat ini belum ada sebarang maklum balas daripada pengurus Felda yang terlibat dan TV3.