Apa Selepas RUU 355?

Maka megah lah dan bergembiralah ahli PAS, penyokong dan tidak kurang UMNO yang hadir dalam himpunan RUU 355 pada 18 Febuari yang lepas. Himpunan tersebut dikira berjaya kerana dapat menghimpunkan seluruh penyokong pindaan akta yang dituntut oleh PAS. Daripada himpunan tersebut, beberapa penilaian harus dibuat sebelum, semasa dan selepas himpunan berkenaan.

Tidak dinafikan, kehadiran ke himpunan tersebut sememangnya ramai. PAS memiliki kekuatanya tersendiri dengan keahlian yang sangat ramai dan setia pada parti. PAS mampu mengerah ahli turun ke himpunan dan perintah parti mudah diterima dan diakur. Sekadar himpunan menjadi perkara biasa bagi PAS memandangkan parti itu sudah banyak pengalaman dalam pergelutan dengan penguasa sebelum ini.

Siapa Yang Hadir Selain Daripada Pimpinan PAS? Senarai ini pasti mengejutkan anda:
1) Mufti Wilayah Persekutuan
2) Jamil Khir Baharom (UMNO)
3) Ashraf Wajdi (UMNO)
4) Ibrahim Ali (BERJASA)
5) Rani Kulup (NGO)
6) Artis dll

Beberapa peristiwa yang berlaku sebelum himpunan berlangsung adalah kenyataan daripada pihak keselamatan yang memberi kebenaran himpunan tersebut. Ini pasti sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan himpunan-himpunan sebelum ini. Pihak keselamatan mudah memberikan kebenaran. Mungkin kerana ia adalah berkaitan isu agama seperti himpunan sejutah umat beberapa tahun yang lepas. Mungkin juga keranan himpunan RUU 355 kali ini dihadiri pimpinan UMNO. Namun itu bukanlah isu yang besar. Apa yang menjadi pelik adalah kenapa harus Pesurujaya PAS Perak mengeluarkan kenyataan bahawa yang tidak hadir himpunan itu AHOK? Apakah Razman Zakaria hanya mengikut telunjuk kata TGHH dengan memberi amaran kepada orang lain supaya jangan jadi Ahok? Ini hanyalah satu bentuk ugutan bersifat sentimen keagamaan.


Semasa himpunan, dengan kehadiran yang ramai, penyokong berkumpul dan mendengar persembahan artis, ceramah agama, kemudia pada malam kemuncaknya ceramah politik. Jamil Khir mendapat peluang untuk berucap dengan menyampaikan salam daripada Najib Razak kepada seluruh hadirin. Tiada apa yang menarik dan menjadi perhatian media dalam himpunan tersebut.

Sehingga kini, seusai himpunan tersebut, motif sebenar himpunan masih kabur kerana arah dan tujuan ia dianjurkan sangat kabur. Sekiranya anda membuat himpunan, ertinya anda menuntut sesuatu perkara. Dan tuntutan anda itu pastilah disebabkan tidak diterimah atau dibantah oleh pihak yang boleh melaksanakanya. Sudah tentulah pihak itu adalah kerajaan yang sedang memerintah. Sekiranya diterima, maka untuk apa buat himpunan?

Ironinya, himpunan 18 Feb itu dihadiri oleh wakil kerajaan daripada UMNO seperti Jamil Khir malah beliau merupakan Menteri Di Jabatan Agama. Himpunan RUU355, ditujukan kepada siapa? Jamil Khir menyertai himpunan RUU355, ia ditujukan kepada siapa? Siapa yang memerintah kerajaan sekarang dan siapa yang boleh laksanakanya? Inilah senario politik PAS dan UMNO yang sedang berlaku sekarang. Sentimen agama sedang dikumandangkan. Sudah tentu himpunan itu ada sasaran politik mereka.

Ya ia mudah sahaja hidu matlamat himpunan tersebut. Jika sekadar untuk tunjuk kekuatan dan sokongan pada RUU355, itu salah. Motifnya bukan kerana sokong dan hadir himpunan kerana di sini sahaja sudah menampakkan kejanggalan dalam himpunan. PAS sebagai pembangkang dan UMNO sebagai kerajaan hadir dalam himpunan tersebut. Sudah tentu lah mereka sedang menyasarkan kepada pihak yang menentang akta tersebut. Ia bukan soal boleh dilaksana atau tidak kerana peluang membentang itu sudah diberi dua kali kepada MP Marang namun ditangguh sendiri oleh beliau. Kerana jika dikira tentang soal boleh laksana, untuk apa Jamil Khir hadir dalam himpunan tersebut?

Semua ini hanyalah polemik yang merusakkan umat. Kerana tujuan politik PAS dan UMNO, masyarakat Islam dalam negara berpecah belah malah ada yang kafir mengakafir sesama mereka. PAS dan UMNO harus bertanggungjawab kerana kerakusan politk mereka yang mempertaruhkan agama sebagai modal politik merea!

No comments:

Post a Comment