PAS Akan Berpecah Dakwa Salahudin Diakui Penganalisis


Dalam satu kenyataan media semalam, 22 Febuari Salahuddin telah menyatakan bahawa PAS bakal berpecah ekoran beberapa perkembangan parti tersebut di kebelakangan ini. Salahudin meramalkan perpecahan itu semakin jelan menunjukkan tandanya ekoran sikap dua kumpulan yang ditonjolkan di dalam PAS. Walau bagaimanapun, Salahudin tidak menjelaskan secara terperinci siapa dan bila PAS akan berpecah. Menurutnya dalam beberapa bulan lagi.

Apabila Salahudin memberikan ramalan bahawa dalam beberapa bulan lagi PAS akan berpecah, itu menunjukkan PAS ketika ini seperti kaca yang retak menanti belah. Persoalan sekarang, sejauh mana benar dan tepatnya ramalan Salahudin? Beliau merupakan bekas pimpinan PAS yang pernah memegang jawatan ketua pemuda PAS dan Naib Presiden PAS sebelum ini. Dengan pengalaman panjang dan cukup memahami kerukunan dan sifat tumbeseran parti PAS, sudah tentu kenyataanya itu ada asasnya.

Kenyataan Naib Presiden Amanah itu direspon pantas oleh penganalisis politik Mohd Sayuti Omar melalui blognya. Menurut beliau, kenyataan Salahudin pasti ada asasnya memandangkan beliau merupakan bekas pimpinan yang cukup kenal dengan PAS di samping maklumat perkembangan semasa dalam parti tersebut. Menurut dalam blog penganalisis:

Apa dijadikan asas oleh Salahuddin Pas akan mengalami perpecahan kedua apabila parti itu dilihat rapat dengan Umno yang mana hubungan itu ditentang ahli bawahan kerana perbezaan dasar dan matlamat. Pandangan Salahuddin itu benar kerana kalau Pas tidak bimbang dengan penghijrahan ahli sudah pasti Pas akan mengumumkan kerjasama dengan Umno secara terbuka bukan berjalan secara senyap dan berselindung di sebalik aktiviti sosial. Namun hingga ke hari ini Pas masih berani membuka mulut. 

Hakikat hari ini Pas terus bermain di balik tabir dengan Umno dan menggunakan program tertentu bagi menjalin dan merapatkan kerjasama. Cara dan tektik Pas dan Umno itu sudah difahami orang ramai. Terbaharu ialah Himpunan 355 di Padang Merok beberapa hari lalu. Bagaimana pun bagi ahli bawahan masih tetap menganggap ia bukan suatu yang salah kerana masih percaya kepada pengakuan (khilas) pemimpin mereka yang kononnya Pas tidak akan bersama Umno. Sikap ini tidak pelik kerana mereka diindoktrinasikan kesekian lama dipaksakan mengatakan kambing walaupun haiwan itu (burung) berkaki dua dan boleh terbang. 

Dalam perkembangan sama bagi menguatkan ramalan Salaluddin itu, beberapa jam lalu telah diviralkan pertemuan Presiden Pas Abdul Hadi Awang dengan seorang korporat yang dikenali sebagai "muncikari" politik di luar negara.

Dipercayai pertemuan itu ada kaitan dengan perkembangan dan suasana politik dalam Pas. Sekiranya pertemuan itu bagi membincangkan soal, ayam itik, atau kambing lembu, tidak perlu ia diheret ke luar negara. Dipercayai selain daripada korporat muncikari itu hadir bersama seorang bloger yang dikenali sebagai tukang pusing isu (Mr Spin) nombor satu.

Khabarnya korporat berkenaan tidak mahu Abdul Hadi rapat dengan Najib dan mahukan kerjasama Pas - Umno diputuskan. Apabila dianalisa tugasan korporat berkenaan ia menunjukkan hubungan Pas dengan Umno sudah terlanjur jauh.


Ramalan salahudin yang menimbulkan pelbagai respon awam sebenarnya sesuatu mungkin ada kebenaranya. Namun ketika ini, PAS dan Amanah masih dalam keadaan dingin, golongan awam mengutuk kenyataan Salahudin kerana dilihat tidak menumpukan partinya sendiri sebaliknya masih mengambil berat parti lamanya. Tapi, sekiranya kita memahami selok belok politik di samping memiliki maklumat yang jitu akan perkembangan dalaman dan luaran sesuatu parti, pasti akan mengetahui hakikat kenyataan Salahudin tersebut.

No comments:

Post a Comment