Kesimpulan Pembentangan RUU355 YB Marang 5 April 2017

Selepas dibacakan usul dan sedikit huraian oleh YB Marang mengenai usul pindaan 355 akta mahkamah syariah kira-kira 12:40 tengah hari tadi, sidang parlimen berehat sekejap dan kemudian bersambung pada 2:30 petang.

Sambungan sesi parlimen memperlihatkan YB Kota Bharu bangkit untuk menyokong usul tersebut dan membuat huraian panjang mengenai usul tersebut. Namun tiada apa yang menarik dalam huraian YB Kota Bharu melainkan lebih kepada ilmu sejarah semata-mata. Meskipun begitu sedikit tersusun namun bukan itu yang menjadi perhatian dalam apa-apa usul yang dibentangakan.

Apa yang penting dalam sesuatu usul yang dibentangkan adalah pada sesi perbahasan! Namun malangnya, kira-kira pukul 4:00 petang lebih tadi dengan kuasa Yang Dipertua Speaker telah menangguhkan usul tersebut daripada dibahas secara terbuka oleh semua MP dalam dewan. Riuh seluruh dewan terutamanya daripada MP pembangkang kerana penangguhan tersebut. Tidak kurang di laman sosial yang memperlihatkan pendukung pihak masing-masing saling menyerang dan berhujah.

Apa yang jelas dalam usul berkenaan adalah, isi yang paling jelas apabila YB Kota Bharu menegaskan bahawa usul itu tiada kena mengena dengan Hudud. Nah jelaslah disini bahawa RUU355 itu jika ditentang bermakna bukan menentang hudud. Beliau juga menambah bahawa hudud mempunyai sistemnya tersendiri untuk dilaksanakan dan RUU 355 bukanlah hudud. Sama ada hudud ataupun bukan, orang bukan Islam tidak perlu risau kerana ianya hanya dikenakan oleh orang Islam sahaja seperti mana seksyen yang diperuntukkan sedia ada. Tegas beliau.

Di sini nampaknya YB Kota Bharu tidak jelas kenapa ada MP pembangkang yang meragukan RUU355. Seperti yang diketahui umum, DAP sememangnya tidak setuju hudud dilaksanakan. Dan kini mereka menganggap RUU355 itu sebagai 'the back door implementation of hudud' kerana hukumanya dinaikkan. Kat sini, DAP memang sukar nak faham dan memang salah mereka sekiranya mereka keras untuk tidak memahami, Jawapan YB Taqiyudin, jelas bahawa RUU355 hanya umat Islam dan bukan hudud. Rasanya MP DAP berpuas hati dengan jawapan beliau tadi. Namun ada MP yang bangkit bertanyakan lagi bahawa kenapa hukuman begitu tinggi. Soalan ini seolah mengaitkan bahawa hukuman itu sebagai jalan atau langkah awal untuk pelaksaan kepada hudud. Jawapan YB Taqi juga jelas mengatakan akta jenayah seksual kanak-kanak juga hukumanya lebih kurang sama. Dan panjang lebar beliau jelaskan. Sememangnya tuga pembawa usul untuk menjawab soalan-soalan dari MP yang lain dan bukan bermakna apabila MP lain mempersoalkan itu sebagai tujuan penentangan. Dalam dewan parlimen yang mulia, semua MP ada hak untuk bertanya selama mana mematuhi peraturan mesyuarat. Yang ramai budak PAS tidak faham. Bertanya, bersoal itu seperti menentang!

RUU355:


  • Ianya adalah usul untuk memindahkan akta sedia ada dengan menaikkan kadar hukuman dari 3 tahun penjara kepada 30 tahun, 5ribu denda kepada 100 ribu, dan 6 sebatan kepada 100 kali sebatan.



  • Apa yang difahami, apabila usul ini diluluskan, maka selepas itu terpulanglah negeri masing-masing menetapkan kadar hukuman selama mana tidak melebihi seperti yang telah diluluskan. Dalam erti kata yang lain, mahkamah syariah boleh menetapkan undang-undang syariah di negeri masing-masing dengan kadar penjara 10, 20 atau 30 tahun atau jumlah denda selama tidak melebihi 100k, atau sebatan selama tidak melebih 100 kali.

  • RUU355 jika diluluskan juga hanyalah menaikkan kadar hukuman dan bukanya menambah atau meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah. Yang inilah ramai bebudak PAS tidak faham. Maksudnya, kesalahan-kesalahan yang dibawah bidang mahkamah syariah masih sama seperti tauliah memberi ceramah, perkahwinan dan sebagainya. Tidak ada satu pun penambahan bentuk kesalahan yang dimasukkan untuk dibolehkan mahkamah syariah bicarakan. Ianya sama seperti sebelumnya. Yang membezakan hanyalah penambahan kadar hukuman.
Apa Selepas Usul Ini Ditangguh Lagi?

Dalam dewan kali ini begitu jelas bahawa yang menangguhkan itu adalah atas kuasa dan perkataan yang keluar daripada mulut Speaker dewan! Bukan ahli MP DAP, AMANAH, PKR, PPBM, mahupun PAS Sendiri. Jauh sekali UMNO.

Jadi kemana arah dan apa yang akan jadi selepas ini? Sebenarnya persoalan ini telahpun terjawab usai selepas YB Marang membaca usul tadi. Di luar parlimen kita sudah melihat isu ini sedang menuju ke mana. Ya jelas, manipulasi maklumat yang menunjukkan wajah-wajah MP yang menentang hukum Islam. Maka, sandiwara ini sekali lagi bersambung dan ramailah yang akan menjadi korban akibat daripada polemik yang tiada kesudahan ini. 

Semoga sesiapa yang memainkan isu ini apatah lagi di mulut mereka keluar perkataan semacam hukuman sanggup bertanggungjawab kelak.


No comments:

Post a Comment