HUSAM MUSA BAKAL PRESIDEN AMANAH?

Selepas sehari menjadi ahli rasmi Parti Amanah Negara, ke mana posisi Husam ketika ini masih jadi persoalan. Ramai sedia maklum Husam Merupakan pemikir yang digemari golongan muda dalam gerakan Islam. Beliau dianggap arkitek PAS Kelantan era Almarhum TGNA sebelum ini.

Kedudukan Husam Musa dalam Amanah masih tidak jelas. Namun sekiranya diberi andaian, buat masa ini Husam layak duduk dalam jawatan Timbalan Presiden kerana kedudukanya dalam PAS sebelum ini. Paling tidak pun beliau layak duduk dalam jawatan Naib Presiden memandangkan masih ada dua kuota kekosongan dalam jawatan tersebut.

Beliau bagaimana pun sebenarnya berpeluang menjadi presiden Amanah dan itu tidaklah menghairankan atas kredibiliti yang ada pada beliau. Namun, biarlah Mohammad Sabu buat masa ini terus memegang jawatan Presiden sebagai satu penghormatan dan senioriti beliau. Ia juga bagi menjaga sentimen kerana Mohammad Sabu seawalnya mengorbankan dirinya menubuhkan Amanah. Dan pengorbanan yang dilakukanya, kesakitan dan cacian yang dihadapinya adalah satu aras yang dihormati bagi melayakkan beliau terus dalam jawatan presiden.

Namun sekiranya Mohammad Sabu melepaskan jawatan serta merta maka itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Sewaktu muktamar 2015 yang lepas, apabila PAS mengambil keputusan putus hubungan dengan DAP, Mohammad Sabu terus isytihar melepaskan jawatanya dalam GLC di Pulau Pinang.

Sebagai pemerhati, Amanah bukan sahaja dianggotai oleh anak muda malah Amanah mendapat nafas baru dengan rasminya Husam Musa menyertai Amanah. Rakyat menanti wou factor daripa Pakatan Harapan dalam mendepani BN.

UCAPAN KEMERDEKAAN RAKYAT KEPADA PENZALIM

Aku individu biasa sahaja. Sekadar seorang hamba yang kerdil di sisi insan lain. Yang megah di atas singgah sana. Merangkul jawatan kerna diangkat jutaan rakyat.

Aku si marhaen tidak punya apa-apa, melainkan sekelumit harta defisit yang mengikatku dari kebebasan. Merdeka yang dilaung entah dihayati entah tidak.

Aku rakyat yang mengenali pemerintah, namun dia tidak mengenaliku. Kerna aku hanya si pengundi dan dia adalah Menteri ku.

Di sini aku ingin berkata buatmu Menteri, aku ini rakyat di bawah tanggungjawabmu. Aku yang akan menuruti kerajaanmu, mengikuti polisi pentadbiranmu, Setia taat perlembagaan dengan penuh tulus.

Sekiranya engkau dan delegasimu, jelas menindas ku dan kaumku para ploretariat bangsa, maka tidak aku sanggup termenung diam membisu melihat legasi ku suram masa depan.

Akan ku bangkit, menghasut dan melawan atas nama kesetiaan kedaulatan pada perlembagaan rakyat yang tidak pernah menjadi milikmu, sekalipun engkau mengerah seluruh tentera upahanmu atas alasan apa pun, aku...terus melangkah, kerna jiwa telah ku serahkan pada Tuhan yang memerdekakan aku dari kezaliman manusia.

53 TAHUN SABAH MERDEKA TAPI APA NASIB RAKYAT SABAHAN?

Hari ini tarikh kemerdekaan bagi Sabah dan ia disambut buat kali ke 53 Tahun. Satu usia yang sangat tua bagi sebuah kerajaan berdaulat. Jepun juga mula bangun setelah dibom oleh US pada 1942 di Hiroshima dan Nagasaki. Tapj Jepun mencapaj negara paling cepat membangun pada tahun 80-an dan menjadi salah sebuah negara yang menguasai ekonomi dan teknologi dunia.

Sabah? ia satu persoalan yang maha besar. Sejak pembentukan persekutuan Malaysia 1963, Sabah menyertai bersama Sarawak dan Singapura. 10 Tahun kemudian, satu komplot mengubah status Sabah kepada sebuah negeri daripada sebuah negara. Ini bukan sekadar isu politik malah ia adalah osu akademik melibatkan undang-undang dan sejarah.

Hari ini, antara daerah yang memperingati kemerdekaan Sabah ialah Kota Marudu. Satu langkah politik dan ia adalah inisiatif menyedarkan rakyat tentang identiti sebenar Sabah.



USA BERHIMPUN DI RESTORAN NIGHT MARKET KOTA MARUDU

United Sabahan Alliance atau USA hari ini mengadakan himpunan di Night Market Kota Marudu, Sabah.

31 Ogos 2016 tarikh dipilih bagi sempena tarikh kemerdekaan Sabah pada 1963. USA dianggotai oleh beberapa parti politik tempatan seperti STAR, SUPP, PCS.

Antara yang hadir ialah Jeffry Kitingan.


HUSAM MUSA UMUM SERTAI PARTI AMANAH NEGARA

Tepat jam 10:10 malam pada tarikh 30 Ogos, Husam Musa umum menyertai Amanah dalam satu Majlis Makan Malam Cyberjaya.

Dalam masa yang sama juga Datuk Paduka Husam Musa menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Parti Amanah Negara iaitu Mohamad Sabu.

KARTEL TIDAK TAHU MALU DEPAN MAHASISWA

Pada 27 Ogos yang lepas, himpunan tangkap Malaysian Official One (MO1), di dataran merdeka telah berlaku pergelutan di antara peserta PKR dan Arif.

Antara sebab pergelutan itu ialah kerana PKR ingin meminta laluan untuk naik ke pentas tanpa dijemput. Malah PKR memaksa pihak penganjur (Mahasiswa) agar diberi mereka peluang naik ke pentas.

Walaubagaimana pun, Arif terus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menghalang apa-apa perbuatan yang merosakkan kelancaran himpunan tersebut.

Sebagai peserta, tujuan himpunan tersebut adalah jelas dan ia adalah stand mahasiswa seluruh negara. Tidak ada mana-mana parti politik yang berkaitan menjadi penganjur himpunan tersebut.

Malulah kartel yang melakukan tindakan sedemikian. Sekiranya ingin naik ke pentas, anjur sahaja himpunan yang sama atas anjuran PKR Kartel.

PAS TELAH BERSAMA UMNO DENGAN BUKTI INI

Sejak 2008, isu kontrovesi iaitu rancangan Unity Government (UG) antara PAS dan UMNO tidak pernah lenyap dari tiupan gosip dan buah mulut ahli politik.

Isu UG telah mengherat PAS kepada satu keadaan yang mana rakyat semakin pening dengan sikap PAS. Idea yang dicetuskan oleh Tuan Guru Haji Hadi itu meskipun ditentang Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan golongan profesional masih bertiup kencang. Dan hari ini khabar yang sering dinafikan PAS semakin terbongkar.


Kesilapan editor akhbar rasmi PAS Harakahdaily bukanlah sesuatu yang menghairankan. Akhbar yang sudah puluhan tahun beroperasi, dan tiba-tiba tersilap bukanlah pelik. Dengan menaip penuh nama jawatan kalau bukan disengajakan oleh penulis PAS mungkin memang ditulis oleh UMNO. Tuan Ibrahim Tuan Man bukanlah individu yang tidak dikenali. Beliu timbalan presiden PAS. Bagaimana mungkin ia satu kesilapan?

Dalam politik, ini dianggap proses menerap atau engagement di antara PAS dan UMNO. Walaupun ia diakui kesilapan, namun ia tidak boleh dianggap mudah dan melepas tangan dengan hanya 'akui kesilapan editor'.

Ini adalah satu signal jelas bahawa telah wujud hubungan PAS dan UMNO.

MUSA AMAN BAKAL TYT SABAH?



Telah bertiup satu gosip politik mengatakan bahawa seorang ketua menteri bakal mengikut jejak Taib Mahmud (Kini TYT Sarawak)

Siapa menteri itu telahpun disebut di kalangan mulut masyarakat. Musa Aman bukan sahaja telah memegang jawatan ketua menteri beberapa penggal di Sabah, malah beliau berpotensi dilantik sebagai TYT baharu untuk Sabah.

Bagaimana proses itu masih tidak diketahui. Namun mengikut persepsi umum mengatakan bahawa sikap Musa Aman mutakhir ini menampakkan beliau tidak lagi mengambil berat akan kedudukanya yang ada kini.

Politik Sabah yang sedang berlaku menampakkan beberapa watak tokoh yang sedang melonjak naik.

Jadi, siapakah Ketua Menteri seterusnya?