HUSAM MUSA BAKAL PRESIDEN AMANAH?

Selepas sehari menjadi ahli rasmi Parti Amanah Negara, ke mana posisi Husam ketika ini masih jadi persoalan. Ramai sedia maklum Husam Merupakan pemikir yang digemari golongan muda dalam gerakan Islam. Beliau dianggap arkitek PAS Kelantan era Almarhum TGNA sebelum ini.

Kedudukan Husam Musa dalam Amanah masih tidak jelas. Namun sekiranya diberi andaian, buat masa ini Husam layak duduk dalam jawatan Timbalan Presiden kerana kedudukanya dalam PAS sebelum ini. Paling tidak pun beliau layak duduk dalam jawatan Naib Presiden memandangkan masih ada dua kuota kekosongan dalam jawatan tersebut.

Beliau bagaimana pun sebenarnya berpeluang menjadi presiden Amanah dan itu tidaklah menghairankan atas kredibiliti yang ada pada beliau. Namun, biarlah Mohammad Sabu buat masa ini terus memegang jawatan Presiden sebagai satu penghormatan dan senioriti beliau. Ia juga bagi menjaga sentimen kerana Mohammad Sabu seawalnya mengorbankan dirinya menubuhkan Amanah. Dan pengorbanan yang dilakukanya, kesakitan dan cacian yang dihadapinya adalah satu aras yang dihormati bagi melayakkan beliau terus dalam jawatan presiden.

Namun sekiranya Mohammad Sabu melepaskan jawatan serta merta maka itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Sewaktu muktamar 2015 yang lepas, apabila PAS mengambil keputusan putus hubungan dengan DAP, Mohammad Sabu terus isytihar melepaskan jawatanya dalam GLC di Pulau Pinang.

Sebagai pemerhati, Amanah bukan sahaja dianggotai oleh anak muda malah Amanah mendapat nafas baru dengan rasminya Husam Musa menyertai Amanah. Rakyat menanti wou factor daripa Pakatan Harapan dalam mendepani BN.

No comments:

Post a Comment