Tun Mahathir Tidak Laku Di Sabah

Politik bersifat berubah-ubah dan tiada yang kekal. Ia seperti sesumpah yang sentiasa adapt dengan persekitaran. Seseorang yang berpolitik mungkin berubah haluan hari ini berbeza dengan dulu. Maka dalam politik kita seharusnya bijak menilai sesuatu perkara agar kesimpulan yang kita buat tepat dan jitu.

Siapa sangkah Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia selama lebih 20 tahun kini menjadi seteru kepada legasinya sendiri apabila menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Tiada siapa yang dapat melupakan betapa Mahathir menyimpan bekas yang begitu besar dan dalam ke atas pemimpin pembangkang suatu masa dahulu.

Namun, kerana politik dengan apa yang kita sebut seumpama haiwan sesumpah, kini Tun M menjadi salah satu panglima yang sanggup berhadapan dengan legasi UMNO yang suatu masa dahulu begitu tinggi taat setia padanya.

Di semenanjung, gerakan Tun M mendapat sambutan begitu menggalakkan. Di mana-mana ceramah politik yang dihadiri beliau, hadirin bagai terpukau dan tertarik seolah apa yang dilakukan beliau dahulu dilupakan begitu sahaja. Selain kerana sikap rakyat Malaysia yang mudah melupai sesuatu perkara, ia juga kerana posisi yang Tun telah berpihak adalah sesuai menjadi alat untuk berhadapan dengan Najib Razak. Dengan kata lain, fenomena rakyat meluat kepada Najib dan Rosmah sedikit sebanyak telah menyumbang kepada sokongan rakyat terhadap keberadaan Tun di pihak pembangkang.

Namun begitu, tidak semua tempat kekuatan yang Tun cuba gagaskan mendapat sambutan. Sehingga hari ini, sejak berada dalam kumpulan pembangkang, Tun tidak pernah memasuki Sabah. Itulah yang menjadi persoalan sebahagian pengikut lirik politik tanah air.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang menjadi misteri kerana tindakan Tun yang tidak cuba melangkah masuk ke Sabah itu mudah difahami. Lebih-lebih lagi bagi pengamat veteran dunia politik tanah air.

Sudah jelas, sebahagian besar cara politik zaman Tun berkuasa dahulu membekas kepada negeri di bawah bayu itu. Akibat daripada strategi politik yang berani daripada Tun M, Sabah telah menjadi seperti apa yang ada hari ini. Sejara kemasukan warga Filipina (muslim) juga tidak dapat dinafikan lagi. Ini cukup diketahui oleh pemimpin Sabah itu sendiri. Bagaimana Tun lakukanya kena tanya sendiri pada beliau. Banyak kompilasi akibat daripada kerakusan politik zaman Tun terhadap Sabah mungkin menjadi sebab kenapa Tun sehingga hari ini tidak berani melangkah masuk ke negeri tersebut.

Ditambah dengan iklim politik di Sabah hari ini yang mulai membicarakan tentang kedudukan Sabah serta hak-haknya. Itu sudah tentu menggusarkan diri Tun kerana sekiranya diamati sedalamnya ia akan membongkar sejarah bagaimana Sabah telah dirobek sehingga menjadi negeri ke-13 dalam peta Malaysia.

Dari segi politik, langkah Tun M tidak memasuki Sabah juga salah satu tindakan yang bijak. Ia mungkin demi menjaga maslahat kepentingan politik PPBM dan pembangkang secara umumnya. Atau mungkin tugas Tun sudah diambil oleh Shafie Apdal? Tidak diketahui secara jelas namum ramai yang mengenali cara politik Tun. Beliau sekiranya ingin mencapai sesuatu matlamat, beliau akan lakukan dengan sungguh-sungguh sebagaimana matlamat beliau ingin menjatuhkan Najib. Maka jelaslah, jika sikap beliau tidak memasuki Sabah itu kerana ingin mencapai matlamat, bukan kerana takut memasuki Sabah tetapi kerana tugasnya itu mungkin sudah disandang oleh orang lain.

"sekadar pandangan penulis"

No comments:

Post a Comment